KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB 1 –KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1.0 ZAMAN PRASEJARAH

- Maksud Prasejarah

- Contoh Zaman Prasejarah

- Ciri – ciri Zaman Prasejarah

- Istilah – istilah

1.0.1 MAKSUD PRASEJARAH

- Zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan

1.0.2 CONTOH ZAMAN PRASEJARAH

- Zaman Paleolitik (Prasejarah Awal)

- Zaman Mesolitik

- Zaman Neolitik (Prasejarah Akhir)

- Zaman Logam

1.0.3 CIRI – CIRI PRASEJARAH

Manusia Prasejarah

- Pithecanthropus erectus ( Manusia Jawa )

- Sinanthropus pekinesis ( Manusia Peking)

- Fontechevade ( Manusia Perancis)

- Neanderthal ( Manusia Neander)

- Cro Magnon (Manusia Cro –Magnon)

Zaman Paleolitik & Mesolitik

- Hidup secara nomad

- Hidup dalam bentuk kumpulan kecil

- Memungut hasil hutan

- Memburu binatang

- Menangkap ikan

- Menggunakan peralatan daripada batu

- Pandai menjahit

- Pandai menggunakan api

- Melakukan upacara pengkebumian

Zaman Neolitik

- Menetap dalam kumpulan besar

- Bercucuk tanam

- Mempunyai ketua

- Mula berdagang

- Menternak binatang

- Pandai melukis

- Mencipta pelbagai peralatan baru

- Mencipta roda

- Sistem barter

Contoh petempatan Paleolitik –

Kota Tampan(Perak) , Tingkayu (Sabah ), Gua Niah ( Sarawak)

Contoh petempatan Mesolitik-

Bukit Chuping ( Perlis ) , Gua Madai ( Sabah )

Contoh petempatan Neolitik –

Gua Tengkorak ( Sabah ) ,Jenderam Hilir ( Selangor)

Contoh petempatan Zaman Logam –

Batu Buruk ( Terengganu )

Contoh Peralatan Paleolitik –

Tempuling , Jarum , Obor

Contoh Peralatan Neolitik –

Belanga tanah berkaki tiga , Tembikar tanah

Contoh Peralatan Zaman Logam –

Kapak , Sabit , Soket

1.0.4 ISTILAH -ISTILAH

Arkeologi – kajian terhadap tinggalan artifak , ekofak , dan feature masyarakat lampau melalui kaedah cari gali

Artifak - barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak,pisau ,dan sebagainya

Feature – tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak boleh diubah

Ekofak – tinggalan seperti makanan ,tulang dan tumbuh-tumbuhan

Neolitik – Zaman Batu Baru

Paleolitik – Zaman Batu Awal

1.1 TAMADUN

- Maksud Tamadun

- Ciri- ciri Tamadun

1.1.1 MAKSUD TAMADUN

Madana , Mudun dan Madain ( Arab ) – Tinggi budi bahasa

Civitas ( Inggeris dan Greek) – Bandar

Tamadun ( Melayu ) – Peradaban

Sarjana Barat

Gordon Childe – pencapaian lahiriah menjadi kayu pengukur kemajuan tamadun

Sarjana Islam

Syed Naquib al- Attas – Tamadun adalah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur .

1.1.2 CIRI-CIRI TAMADUN

Petempatan Kekal

- Corak kehidupan manusia menjadi lebih sistematik dengan kehidupan secara menetap

- Petempatan tetap mesti sesuai untuk menghasilkan bekalan makanan

- Kemajuan dalam pertanian berlaku kerana hasil inovasi manusia

- Manusia mula menanam tanaman dan menternak binatang

- Alat-alat baru dicipta seperti cangkul

- Inovasi manusia turut membawa kepada kewujudan sistem pengairan yang baik

- Hasil pertanian yang banyak mampu menampung keperluan makanan penduduk yang ramai

- Kampung-kampung berubah menjadi kota disebabkan oleh pertumbuhan pertanian dan perniagaan

- Bandar – bandar merupakan pusat kegiatan manusia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran , kebudayaan dan keagamaan

Kehidupan berorganisasi

- Kehidupan berorganisasi adalah penting untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran

- Mulanya organisasi sosial tidak kompleks

- Sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis

Sistem pemerintahan

- Dibentuk untuk menjalankan aktiviti pentadbiran

- Seseorang pemimpin menggunakan unsur magis untuk mendapat pengiktirafan

- Kewujudan sistem tersebut dapat menjadi panduan kepada masyarakat

Pengkhususan pekerjaan

- Disebabkan oleh wujudnya peningkatan produktiviti

- Barangan dihasilkan oleh golongan tertentu berdasarkan kepakaran masing-masing

- Aktiviti pertukaran barang boleh mewujudkan pertukaran barang atau perdagangan dengan orang luar

- Akan berlaku pertukaran ilmu pengetahuan ,teknologi dan budaya masyarakat

Agama dan kepercayaan

- Berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintah

- Kemunculan tamadun bermula apabila manusia mula menyesuaikan diri dengan alam sekeliling

- Alam mula dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi keselamatan mereka

- Terdapat kepercayaan animisme dan politeisme.

Penciptaan bahasa dan tulisan

- Sebahagian perkembangan ilmu pengetahuan

- Bahasa tertua Sanskrit dan Yunani

- Tulisan awal –Hieroglif,Cuneiform dan Ideogram

- Penting untuk penyimpanan rekod,penulisan undang-undang dan hal agama

Tiada catatan.
Tiada catatan.